Pengurusan Kewangan
Rekod sedekah, wakaf, lejar dan penjanaan laporan PDF.
- Sedekah
- Wakaf
- Laporan PDF
UNTUK MASJID & KOMUNITI
Permudahkan urusan masjid, suburkan hubungan komuniti. Dari sumbangan hingga aktiviti kariah, sMasjid menyatukan semuanya dalam satu pengalaman digital.
Direka untuk urusan masjid, surau dan kariah.

Menghubungkan urusan harian dengan tujuan yang lebih besar.
MASJID & KARIAH
Satu ruang. Pelbagai urusan.Sumbangan · Kuliah · TempahanURUSAN LEBIH MUDAH, KOMUNITI LEBIH DEKAT
sMasjid ialah sebuah sistem pengurusan masjid dan surau yang lengkap untuk membantu pentadbiran menjadi lebih terurus dan dekat dengan kariah.
KENALI RUANG DIGITAL MASJID ANDA
Daripada pentadbiran di belakang tabir hingga hubungan dengan kariah, setiap urusan ada tempatnya.
Rekod sedekah, wakaf, lejar dan penjanaan laporan PDF.
Pendaftaran aset, penyelenggaraan dan sewaan kemudahan.
Rekod penceramah, tauliah dan jadual kuliah dalam satu ruang.
Pendaftaran ahli kariah dan pengurusan khairat. Khairat untuk masjid sahaja.
PORTAL PENTADBIR SMASJID
Pantau sumbangan, wakaf, bil dan bayaran melalui papan pemuka kewangan. Tapis mengikut tempoh dan semak rekod daripada satu paparan.
Papan pemuka pentadbir
DI BELAKANG SETIAP MASJID YANG AKTIF
Kenali ruang pengurusan yang menyokong kerja harian jawatankuasa masjid.
Maklumat AJK, jawatan dan ahli dalam rekod yang tersusun.
Rekod bayaran, derma, wakaf dan zakat untuk rujukan pentadbiran.
Rekod inventori, pembekal dan kerja penyelenggaraan masjid.
Urus bilik, peralatan dan rekod tempahan fasiliti.
LANGGANAN SMASJID
Pilih pakej yang sesuai untuk pengurusan masjid atau surau anda.
Seorang pengguna dan lima rekod bagi setiap modul. Urus ahli jawatankuasa, kewangan, aset, fasiliti dan sewaan.
RM0 / bulan
Seorang pengguna · 5 rekod setiap modul
Urus pentadbiran, perakaunan, aset, fasiliti dan sewaan.
RM50 / bulan
atau RM600 / tahun
Tanpa had pengguna dan rekod
Semua ciri Pakej Asas, berserta kuliah, penceramah dan perkhidmatan kariah. Khairat tersedia untuk masjid sahaja.
RM80 / bulan
atau RM960 / tahun
Tanpa had pengguna dan rekod
SOALAN LAZIM
sMasjid membantu jawatankuasa masjid dan surau mengurus pentadbiran, kewangan, aset, fasiliti dan perkhidmatan kariah. Ciri yang tersedia bergantung pada pakej langganan.
Wakil yang diberi kuasa mendaftarkan akaun pentadbir bersama profil masjid atau surau. Percubaan berlangsung selama satu bulan kalendar dari pendaftaran. Tiada bayaran langganan diperlukan untuk bermula.
Pakej Asas merangkumi pentadbiran dan perakaunan, aset, pembekal, penyelenggaraan, fasiliti dan sewaan. Harganya RM50 sebulan atau RM600 setahun selepas diskaun tahunan 0%.
Pakej Pertengahan menambah kuliah, rekod penceramah, tauliah dan perkhidmatan kariah kepada semua ciri Pakej Asas. Harganya RM80 sebulan atau RM960 setahun selepas diskaun tahunan 0%. Masjid dan surau boleh melanggan; khairat hanya tersedia untuk masjid.
Bayaran tahunan dibuat sekaligus dengan diskaun pakej yang ditetapkan daripada dua belas bayaran bulanan: RM600 menjadi RM600 untuk Pakej Asas dan RM960 menjadi RM960 untuk Pakej Pertengahan. Diskaun tahunan tidak digunakan untuk bayaran bulanan.
Tidak. Khairat dikhususkan untuk masjid dan dikecualikan daripada semua langganan surau, termasuk Pakej Pertengahan. Modul lain dalam pakej tersebut tetap tersedia kepada surau.
Percubaan pakej berbayar berlangsung satu bulan kalendar. Akses dihentikan apabila percubaan tamat jika bayaran belum disahkan. Bayaran dan pengaktifan boleh diselesaikan dalam tempoh tangguh tujuh hari; data dipadam selepas tarikh akhir itu jika tiada pakej berbayar diaktifkan.
Bagi percubaan yang tidak dibayar, akses dihentikan selepas satu bulan dan data institusi dipadam secara kekal selepas tujuh hari kalendar melainkan pakej berbayar diaktifkan. Langganan berbayar yang tidak diperbaharui tamat dan boleh dipadam apabila tamat. Eksport rekod yang diperlukan sebelum tarikh akhir berkenaan.
Hubungi pasukan sMasjid untuk mengurus bayaran. pentadbir sistem mengesahkan dan merekod rujukan bayaran, pakej dan kitaran bil. Tempoh berbayar pertama bermula selepas percubaan sebulan; pembaharuan melanjutkan tarikh tamat semasa selama sebulan atau setahun. Halaman ini tidak mengumpul butiran kad atau membuat caj automatik.
Hanya pentadbir sistem platform boleh mengubah harga langganan, merekod bayaran yang disahkan dan mengurus langganan institusi. Pentadbir masjid dan surau mengurus institusi sendiri dalam modul yang dilanggan.
Hubungi pasukan sMasjid untuk menukar pakej. pentadbir sistem platform boleh menukar pakej serta-merta dan modul yang tersedia dikemas kini mengikut pakej yang dipilih. Pakej bagi tempoh berbayar akan datang bermula pada tarikh yang dijadualkan. Portal tidak menyediakan bayaran balik atau pelarasan prorata secara automatik.
Tidak. Langganan sMasjid ialah bayaran penggunaan platform pengurusan institusi. Sumbangan keahlian khairat, derma dan bayaran sewaan ialah transaksi berasingan yang diurus oleh masjid masing-masing.
Percuma berharga RM0 sebulan tanpa tarikh tamat langganan. Pakej ini merangkumi seorang pengguna, ahli jawatankuasa, pengurusan kewangan, aset, kemudahan dan sewaan, terhad kepada lima rekod bagi setiap modul atau skrin. Kuliah, penceramah, kariah dan khairat memerlukan Pakej Pertengahan. Pakej berbayar tidak mempunyai had pengguna atau rekod pada peringkat pakej.
LANGKAH KECIL, PERUBAHAN BERMAKNA
Terokai bagaimana sMasjid boleh membantu menyusun urusan dan menghubungkan komuniti anda.
Hubungi kami